Saturday, November 15, 2008

LATAR BELAKANG DEWA CAKE

Rasa lazat! penuh khasiat!

Latar Belakang

Kelahiran Dewa Cakes House merupakan pelestarian kepada lahirnya gabungan idea untuk menghasilkan Kek Lapis Sarawak yang penuh khasiat, di mana herba dan madu terpilih dirumus khas digabungkan dalam setiap produk kek lapis yang dihasilkan.“Rasa lazat! penuh khasiat, itulah cogankata ataupun moto Dewa Cakes House.

Setiap kek dirumus khas dengan gabungan herba-herba terpilih dari seluruh dunia. Campuran sesuatu herba pula melihat kepada jenis kek dan gandingan herba yang sesuai. Ada antara kek mengandungi 7 herba dan sekurang-kurangnya 2 jenis herba dimanfaatkan. Anda dipersilakan melihat katalog kek Dewa Cakes di mana digaris bersama bahan dan herba yang digunakan.

Selain memartabat serta mengimarahkan tradisi pembuatan kek lapis Sarawak yang popular itu, sekaligus sebagai pelopor kepada penghasilan kek lapis berkhasiat.

Kek lapis Sarawak terkenal dengan keunikan dan kelazatan sejak zaman- berzaman. Dewa Cakes berperanan sebagai medium sekaligus pengusaha yang mempastikan tradisi, keaslian ciptaannya kekal dan tetap bertahan walaupun dalam kancah arus modenisasi.

Justeru, keaslian dan warisannya tetap bertunjang walaupun kek lapis Sarawak menongkah masa dan tranformasi.

Dewa Cakes akan mempastikan segalanya bertahan.

PENGUSAHA

Dewa Cakes House diusahakan oleh beberapa usahawan tempatan yang melihat kepentingan menjaga warisan bangsa yang unik ini dan turut merialisasikan kesihatan masyarakat.

PENGALAMAN

Pengusahanya pernah terlibat dalam menghasilkan kek lapis terpanjang di Malaysia dan tercatat dalam Malaysia Book Of Records, sempena Gerak Usahawan 2008 di Tebingan Kuching pada 26 Julai 2008. Ini membuktikan sentuhan mereka bener-bener berprestij.

Pengusahanya juga mahir dalam bidang pembuatan kek moden seluruh dunia, roti, icing kek(birthday dan wedding cakes) dan semua berkaitan dengan genre kek dan pastry.

Malahan lebih sepuluh tahun pernah bekerja di Bakery di seluruh Negara. Pengalaman yang tergaris menjadikan Dewa Cakes begitu berkualiti dan begitu berpengalaman luas dalam menghasilkan sesuatu produk.

Keyakinan terhadap produk Dewa Cakes bukan suatu yang boleh diragui. Anda boleh bertandang dan menikmati Kek Lapis Sarawak yang popular itu di gedung Dewa Cakes yang beralamat seperti di dalam brosur.

KONSEP

Dewa Cakes sengaja memilih lokasi kampung dan beroperasi di rumah kampung di Samariang, Petrajaya.

Kek Lapis Sarawak lebih terserlah keasliannya menampilkan konsep sebegini. Semoga Dewa Cakes lebih mesra dengan anda.

Rasa lazat! penuh khasiat!

No comments: